~Pengikut Jaijina~

Wednesday, July 8, 2009

Takziah buat Yatie Sekeluarga

takziah aku ucapkan pada Yatie & family..dia telah pon kehilangan ayahnye yang tercinta pada pagi tadi..hanya doa yang dapat aku iringi di atas pemergian arwah..

pagi tadi tepat 7am aku menerima panggilan telefon dari yatie..dia mengatakan yang ayahnye telah dijemput Illahi..aku pon tak sempat nak bertanya lanjut sbb talian telah putus waktu tu..

dan tadi mak aku memberitahu yang dia telah berada dirumah yatie sekeluarga untuk upacara pengkebumian..kini jenazah sedang dalam perjalanan untuk dibawa balik ke Km. Gong Pauh..

terdetik kesal juga dalam hati kerana aku tak berkesempatan untuk menjenguk arwah ketika aku balik kampung bulan lepas..cadangnya aku akan melawat arwah di hospital Kuala Terengganu pada minggu ini kerana aku akan balik rumah mertua..tapi apakan daya, Allah telah menjemputnye terlebih dahulu..

pada yatie sekeluarga aku harap dorang tabah dalam menghadapi dugaan ini..semua yang hidup pasti akan mati..pada kita yang hidup hanya doa yang boleh kita bekalkan pada arwah agar rohnye dicucuri rahmat oleh Nya..banyakan bersabar untuk menempuhi hari2 mendatang tanpa ayah mu disisi.. Allah lebih menyayangi arwah..Al-Fatihah..


0 yang comei lotte: