~Pengikut Jaijina~

Friday, March 4, 2011

salah ke aku mendidik anak?!

semalam while blogwalking, aku interesting dengan tajuk n3 si alya tu..
tajuk pasal “bila umur anak terlalu rapat”..

so kat situ adelah point² & tips² dalam mendidik anak² zaman skang ni..marilah aku copy paste barang sepoint 2..tak semua aku copy paste ye..

TUNJUKKAN ANDA GEMBIRA BILA BERSAMANYA
Serlahkan wajah ceria ketika menyambut anak anda dari sekolah. Tunjukkan wajah ceria bila anda pulang bercuti ataupun balik dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

 PERHATI DAN AKUI PERKARA- PERKARA BAIK YANG DILAKUKANNYA
Ibu bapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak mempedulikan langsung perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Tabiat terlalu kuat menegur kesilapan anak-anak tanpa mempedulikan kebaikan yang dilakukannya boleh mendorong anak anda untuk cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk mendapat perhatian ibu bapa.

 DENGAR KATA- KATANYA
Apabila anak anda bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya. Lihat wajahnya dan jangan menyampuk sehingga dia selesai bercakap.

Mendengar bukanlah sekadar berada di sisinya dan menganggukkan kepala sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda benar-benar mendengar dan memahami apa yang dikatakannya ialah dengan bertanya soalan seperti, "Jadi Faris tumbuk Hanis bila kamu tak benarkan dia tiru kerja rumah ya?"

Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa jua yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya merasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat tentang kesejahteraan dirinya.

 KATAKAN "TERIMA KASIH" JIKA DIA MENGAKUI KESALAHANNYA
Kadangkala anak anda perlukan anda untuk mendengarkan pengakuannya. Ini berlaku mungkin kerana dia merasakan yang dia telah melakukan kesalahan yang membuatkan dia gelisah.

Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada reaksi spontan seperti terburu-buru mengherdik atau membentak.

Sebaliknya, ucapkan terima kasih kerana dia berani bersikap jujur dan berterus terang untuk berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya meskipun dia sudah berbuat kesalahan. (Ini tidak bermakna dia tidak akan didenda, jika perlu.)

 TUNJUKKAN MINAT
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka usahakan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati dia dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat.

Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Ibu lebih suka yang ini sebab Ana lukis pokok dan daunnya lebih jelas. Warnanya pun lebih terang." Jangan menjawab secara acuh tak acuh "Ayah tengok sama sahaja kedua-duanya."

 PASTIKAN ANAK ANDA DIHARGAI
Seorang pakar psikologi kanak-kanak pernah berkata, "Tiada orang lain yang boleh membentuk harga diri seseorang anak sebaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapanya.

Sebagai ibu atau bapa, membuat anak anda berasa istimewa, dihargai dan disayangi adalah salah satu tugas anda yang paling penting."

Mendidik anak sekaligus membuat dia merasakan dirinya disayangi dan dihargai tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Anak anda tidak perlukan barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang disambut di hotel lima bintang untuk merasa dirinya disayangi. Yang penting ialah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

mmg diakui, nak mendidik anak² nowadays mmg banyak cabaran & dugaan..so, kalau salah didik, buruk pada anak² juga nanti..macam akulah skang ni, masih dok mikirin, adekah selama ini betul cara aku dalam nak mendidik si echa tu? tambah² pulak dia bakal jadi kakak, insyaallah..

mmglah di akui, since mengandung ni kadang² hot temper tak boleh nak di control..kadang² aku cuba control tp sometimes tu terlepas jugak amarah tu..amarah aku bukanlah aku naik tangan kat echa, kalau ade pon, cume tangan² manje aje..cume sometimes aku tak boleh nak control sore aku yang macam Mariah carey ni, pitching varylah the high one u know..

ade jugak hubby tegur quite sometimes tu, then barulah aku macam tersedar..lepas tu barulah aku rase macam nyesal aje..aku cube nak kikis habit buruk aku ni from time to time..bimbang jugak, kalau² salah setting ke hape..


renung²kan dan selamat beramal..
peringatan untuk diri sendiri..


11 yang comei lotte:

airis naufal said... [Reply]

samela kita.. dh bace gak.. terpikir2 dlm pale ni, leh ke nak bgi ksih syg sme rate bile dh ade 2 nnti... mintak2 kita dpt jdi ibu yg terbaik utk ank2 kita...

Zue AnnaLeeya said... [Reply]

besela tuh rina... klu anak umo rapat mmg kena byk sabarla... sbbnya si kakak @ si abg nanti mesti jeles sbb ibunya lebihkan si adik kan??? dan si kakak atau abg nih akan buat mcm2 pangai utk amik perhatian ibu ayah... jadiknya mmg rina kena byk sabo k....

Insyaallah echa akan ok tuh... echa kan nak jd kakak yg baik... he3..

Zaidah said... [Reply]

memang banyak dugaan untuk membesarkan anak...bermula dari kandungan hinggalah lahir n seterusnyer....yang penting diorang nie nakkan perhatian...

alyyani said... [Reply]

moga kita cepat2 sedar bila dah terlajak kan. mmg takut sebab dari sekarang la nak lentur diorg ni. huhuh..

Masrina binti Alim said... [Reply]

mase awa2 preggy aritu pon mcm tu jugak..mudah naik marah..kekadang ade jugak termarah kt adam psl mase tuh umur dia baru 1 setengah,tgh lasak n nakal.tapi sy guna pendekatan tegas..kalo dia buat salah,mmg akn kena marah..tp sy akn terangkan kt dia knp saya marah.ye la,wpon dia x faham sepenuhnya,tp Alhamdulillah skang umur dia dh 2 tahun.dia dh blh beza mane yg dia bleh buat n x bleh..kdg2 nga anak nih kita kena marah jugak..biar dia reti,apa yg salah tetap salah..

Fieza said... [Reply]

tersentuh baca tajuk ni Rina sebab si Syakil pun selalu kena marah gak skang ni. Tapi bila tersedar tue rasa menyesal n menitik air mata lak..

mamalieyna said... [Reply]

huuu~ mmg mendidik kena dgn caranya..terlebih manja, nnti anak naik kepala, tak hormat kita...tp kalau marah sngt pun, salah jugak..apapun ada ilmu psl cara didikan anak ni, bleh la dijadikan panduan..mana yg baik ikut, cuba2..

syariza09 said... [Reply]

bukan ank rapat jer jd camni, ank sorang pun kadang2 jd camni. sesibuk mana pun kita kena bg perhatian kt anak kannn

Ummi Eisya said... [Reply]

good info..moga kita semua dapat mendidik yang terbaik utk anak2 kita..

MamaYatie said... [Reply]

kita pun manusia rina..nak plak tngh berisi ni..yg penting kita usahakan yg terbaik utk mereka..kalo tiba2 terpesong sket..cpt2 la kita betulkan

MommyAqil said... [Reply]

Gud Info rina..saya pon selalu je 'ter' 'ter' dlm mendidik anak ni..Kalo dah buat mmg menyesal tak dusah la rasanya...