~Pengikut Jaijina~

Monday, June 15, 2009

Mintaklah dijauhkan kecuaian seperti ini

ALOR STAR: “Depa (mereka) ‘hayun’ anak saya macam kucing, macam mana tulang paha kiri dan kanan anak saya tak patah. Ini kerana depa pegang kaki dan kepala bukannya mengendong badan bayi saya,” dakwa Noor Amiza Baddaruldin yang kecewa dengan jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang didakwanya cuai.Noor Amiza, 28, mendakwa anak sulungnya, Putri Nur Damia Danisha Noor Hairy yang berusia 13 hari, sering menangis kerana kesakitan akibat kejadian itu.“Saya bersalin pada 2 Jun lalu pada jam 4.06 pagi di hospital berkenaan secara normal. Selepas selamat bersalin, jururawat datang sambil memegang bayi di kaki dan kepala sambil menghayun-hayunkannya seperti kucing.“Jururawat terbabit mahu menunjukkan jantina anak saya sambil berkata ‘hei anak awak kecil’ dan pada masa sama, dia menghayunkan anak saya,” dakwanya ketika ditemui dirumah bapanya di Titi Gajah di sini, semalam.

ini cite panas tuk hari ni, dipetik dari harian metro..ya allah ni yg buat aku naik seram nak bersalin..

0 yang comei lotte: